Seperti pokok biasa, bonsai juga ada yang berbunga dan tidak berbunga. Jasmin, melati dan
limau misalnya mengeluarkan bunga berwarna putih berbau harum. Untuk
mendorong bonsai berbunga, daun pokok terlebih dulu harus dibuang dengan
jari. Genap sebulan, bunga akan tumbuh dan bertahan selama sebulan
sebelum mengambil masa dua minggu untuk gugur sepenuhnya.
Bonsai terbahagi kepada empat ukuran ketinggian. Miniatur jenis paling kecil menawarkan ketinggian sehingga 15 cm diikuti bonsai kecil berukuran 35 cm seterusnya yang sederhana setinggi 70 cm hingga paling besar berukuran 120 cm.

Bonsai miniatur rumit sedikit untuk dijaga kerana
sukatan baja dan jumlah siraman perlu dibuat merujuk kesesuaian
keperluan pokok. Baja dan air tidak perlu banyak. Baja memadai diberi
sebulan sekali manakala waktu siraman paling sesuai adalah tengah hari. Bonsai miniatur cuma perlukan siraman sekali sehari berbanding jenis lain yang perlu disiram dua kali sehari.
Persekitaran berangin mempengaruhi tahap kesuburan bonsai. Seperti
manusia memerlukan udara segar untuk kehidupan berkualiti, demikian juga
bonsai yang tumbuh subur di persekitaran lapang dan
berudara. Ini antara sebab bonsai bermutu tinggi banyak ditemui di
kawasan pulau dan pantai.
Tujuan utama ia ditanam dalam pasu ialah untuk mengawal tumbesarannya dan memang objektif bonsai diwujudkan
sebagai replika pokok asli yang ukurannya dua tiga kali ganda lebih
besar. Jika ditanam di tanah, pokok berkenaan akan cepat membesar
mengikut luas tanah. Walaupun ditanam dalam pasu, jangan bersikap lepas
tangan kerana anda perlu menukar tanahnya setiap setahun setengah.
Selain itu, air dan baja kena lebih manakala pilihan saiz pasu
seharusnya sesuai dengan ukuran bonsai ditanam.
Harga bonsai dinilai menerusi dua faktor iaitu
pertama keindahan reka bentuk disusuli usia. Makin tua bonsai, makin ia
mendapat tempat di kalangan pencinta spesies itu. Paling diburu orang
tentulah yang usianya mencecah beratus tahun.
Mengenai ciri keindahan bonsai, semakin wujud persamaan struktur di antara bonsai dengan pokok asal, makin berharga bonsai berkenaan. Selebihnya, dinilai menerusi gaya ia tumbuh sama ada berbentuk setengah juntai atau berjuntai penuh, rupa daun yang halus selain ira kayu menarik misalnya nampak matang dan kasar.

Apapun, berbanding yang ditanam di dalam tanah, bonsai yang akarnya menular di celah batu lebih payah dihidupkan. Dinamakan bonsai dalam batu, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 20 tahun untuk hidup.
sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment